SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH Oleh

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
Oleh:
Halimatul Nadiah binti Ja’ffar (D20181083249),
Nurfatihah Raihana binti Rahmat Shahbuddin (D20181083238),
NurHusnaa binti Mohd Saidek (D20181083228),
Nur Solehah binti Mat Nayan (D20181083241)
Kumpulan Kuliah: Q
Nama Pensyarah: Encik Zaini bin Abdullah
Penulisan karya tulis ini adalah kajian mengenai sistem pendidikan di sekolah rendah dan menengah yang bertujuan mengenal pasti struktur dan kelemahan sistem pendidikan di Malaysia khususnya di sekolah rendah dan sekolah menengah serta mengenal pasti cara mengatasi kelemahannya. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah penyelidikan iaitu kaedah perbincangan, kepustakaan dan pengumpulan maklumat. Bermula dengan perbincangan bersama ahli kumpulan, objektif kajian diperoleh dan pencarian maklumat bermula dengan menggunakan buku-buku yang terdapat di perpustakaan universiti. Maklumat juga diperoleh melalui carian di internet menerusi artikel dan petikan akhbar. Hasil daripada pencarian maklumat, beberapa isi penting telah dapat dikenal pasti iaitu struktur sistem pendidikan, kelemahan sistem seperti sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, pembelajaran yang berasaskan buku teks dan peranan guru dipandang ringan. Antara cara mengatasinya adalah dengan membangunkan sektor kemahiran teknikal dan vokasional, menggunakan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dan memperkasakan institusi pendidikan guru termasuklah universiti awam dan swasta. Implikasi daripada kajian yang dijalankan secara keseluruhannya adalah sistem pendidikan Negara mempunyai banyak kelemahan yang pelu diatasi dengan cadangan-cadanagn yang sesuai dengan arus masa. Kelemahan sistem adalah kerana berlakunya perubahan dalam sistem pentadbiran negara dan tuntutan pasaran semasa. Kelemahan-kelemahan ini perlu dikenal pasti dan diatasi dari masa ke masa.
Kata Kunci: sistem pendidikan, kelemahan, cadangan
) Pengenalan

Sistem pendidikan adalah sebuah sistem yang dijangkakan akan dapat memberikan sumbangan yang besar dan berkesan terhadap pembinaan negara. Hal ini bermakna pendidikan perlulah memainkan peranannya yang bercorak ‘conservative’ dan juga ‘creative’. Kedua-dua peranan corak pendidikan ini amatlah penting dan perlu dijalankan secara seimbang dan sesuai pada tempat dan masanya. Jika pendidikan terlalu ‘conservative’ dengan mengekalkan dan memupuk unsur-unsur tradisi, adat resam dan kebudayaan; dan kurang ‘creative’ dalam membentuk dan menzahirkan sesuatu fenomena baru maka ianya akan menjadi sukar untuk mencapai sebarang perubahan dari segi pendidikan di negara ini. Dalam soal ini, ahli-ahli perancang dan pentadbir pentadbiran pendidikan serta para pendidik di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga universiti hendaklah faham akan matlamat-matlamat pendidikan dan juga falsafah pendidikan negara ini.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Sistem pendidikan di negara ini telah bermula sebelum kedatangan pihak British ke negara ini lagi. Malaysia juga mempunyai lima era pendidikan yang berbeza sejak zaman penjajahan sehingga kini. Antara era hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia adalah;
Era masyarakat melayu tradisional
Era penjajahan
Era kemerdekaan
Era pascamerdeka
Era masa ini ; masa hadapan
Era ini bermula sebelum tahun 1511 lagi dan telah melibatkan tiga jenis pendidikan yang berbeza pada setiap era yang telah dinyatakan di atas. Pada era masyarakat Melayu tradisonal, jenis pendidikan adalah secara informal. Pada era penjajahan dan era kemerdekaan pula, sistem pendidikan adalah informal dan nonformal. Manakala dalam era pascamerdeka dan juga era masa ini ; masa hadapan, telah melibatkan tiga jenis pendidikan yang berbeza iaitu formal, informal, dan juga nonformal. Terdapat kira-kira sepuluh laporan yang telah digunakan unruk menubuhkan sistem pendidikan di negara ini sejak daripada era kemerdekaan sehingga kini. Antara laporan dan akta yang digunakan adalah :Laporan Barnes ( 1951 )
Laporan Fenn _ Wu ( 1951 )
Penyata Razak ( 1956 )
Ordinan Pelajaran ( 1957 )
Laporan Rahman Talib ( 1960 )
Akta Pendidikan ( 1961 )
Laporan Jawatankuasa Kabinet ( 1979 )
Akta Pendidikan ( 1996
Selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua, dan juga selepas kemerdekaan Negara pada tahun 1957, beberapa perubahan penting dan pesat telah diadakan dalam sistem pendidikan kebangsaan di peringkat rendah, menengah dan tinggi. Perubahan ini berlaku mengikut arus perubahan yang telah melanda dunia pendidikan di serata dunia.Corak dan cara perubahan yang dialami dalam sistem pendidikan di negara ini amatlah berbeza dengan negara-negara lain. Hal ini kerana negara ini mempunyai tiga etnik utama yang besar iaitu Melayu ( 69.1% ) , Cina ( 23.0% ) dan juga India ( 6.9% ) serta bagsa lain adalah ( 1.0% ) . Sistem pendidikan di negara ini juga telah dijadikan sebagai suatu alat bagi membina dan membangunkan negara dari pelbagai aspek seperti perpaduan, ekonomi, pembangunan insan, dan sebagainya.Sistem pendidikan kebangsaan di negara ini telah dilaksanakan berdasarkan kepada Laporan Razak 1956 yang telah menyediakan tiga jenis sekolah rendah dan bahasa ibunda mereka sebelum ini sebagai bahasa penghantar. Seterusnya pendidikann rendah yang akan dikelola selama enam tahun dan merupakan pendidikan am sebagai persedian asas untuk pendidikan menengah dan juga pendidikan tinggi. Ibu bapa juga telah diberikan kelebihan untuk memilih jenis sekolah menengah untuk pendidikan anak-anak mereka.
Pendidikan menengah dibahagikan kepada dua peringkat:
Menengah Rendah
Menengah Atas
Pendidikan menengah rendah telah melibatkan pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Manakala bagi pendidikan menengah atas melibatkan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Bagi pendidikan menengah atas, setiap pelajar boeleh membuat pilihan bidang yang ingin diceburi. Bidang—bidang yang boleh diceburi adalah dari segi akademik, vokasional mahupun teknikal.Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan yang telah termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Talib 1960. Kedua-dua laporan tersebut telah mengutamakan dua perkara bagi masyarakat majmuk yang ada di negara ini iaitu pemupukan perpaduan negara dan pengeluaran tenaga kerja daripada rakyat yang terlatih. Dasar Pelajaran Kebangsaan ini juga memberikan galakan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan juga politik. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mencapai matlamat utama negara iaitu perpaduan melalui perlaksanaan dasar pelajaran. Antara usaha yang telah dilakukan adalah :Sistem persekolahan yang sama
Kurikulum yang sama
Sukatan pelajaran yang sama
Bahasa penghantar yang sama
Sistem pengurusan pendidikan yang sama bagi sekolah rendah dan menengah
Mempunyai pakaian seragam yang sama bagi semua sekolah rendah dan menengah
Penggunaan buku teks yang sama bagi semua sekolah rendah dan menengah
Pentadbiran di peringkat negeri dan persekutuan adalah secara berpusat.

Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1974 dan ditugaskan untuk mengkaji semula dasar dan memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara tercapai. Laporan jawatankuasa ini telah berjaya diterbitkan pada tahun 1979. Terdapat beberapa strategi yang telah ditambah dan diperbahrui daripada Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) yang telah termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Antaranya adalah;
(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai serta mempunyai moral dan nilai etika yang kukuh
(i) Memperluaskan Pendidikan Teknik dan Vokasional melalui
penyusunan semula Kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;
(j) Mempelbagai dan memperbanyakan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera dan sains gunaan
(k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin
(l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajarkan di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
(m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Selain daripada strategi-strategi ini, dasar pendidikan juga dilaksanakan dengan mengadakan dan memperkembangkan tenaga pengajar yang telatih bagi mendidik generasi-generasi seterusnya.2.0) Latar belakang/ Masalah kajian/Objektif kajian
Bidang pendidikan dianggap sebagai salah satu aspek yang paling penting dalam melahirkan generasi akan datang bagi mendukung dan mentadbir negara dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang stabil. Jelas dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu titik permulaan dalam proses ini bermula dari sekolah dan untuk merealisasikan hasrat murni ini, kesemua ahli dalam organisasi sekolah merupakan sumber tenaga yang amat penting. Hal ini termasuklah sistem pendidikan yang menjadi tunggak utama kepada proses ini untuk berlaku. Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai transformasi untuk memastikan sistem ini mencapai taraf pendidikan yang berkualiti dan berdaya saing. Bermula dengan era sebelum kemerdekaan sehingga kini, pelbagai perubahan dan dasar telah diperkenalkan untuk memenuhi tuntutan peredaran semasa.
Terdapat kira-kira 10 laporan yang digunakan untuk menubuhkan sistem pendidikan di negara kita selepas sahaja Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. Antaranya ialah Laporan Barnes (1950) dan Penyata Fenn-Wu (1951).Laporan Barnes merupakan laporan penting dalam menentukan sistem pendidikan selepas kemerdekaan. Laporan Barnes yang diketuai oleh L.J Barnes bertujuan memperbaiki dan menyiasat pendidikan orang Melayu pada zaman tersebut. Berikut merupakan cadangan yang diberikan oleh laporan tersebut :Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.

Satu jenis sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan dijalankan sekiranya mempunyai 15 atau lebih orang yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka
Bahasa Melayu wajib diajar disekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah melayu.

Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa penghantar yang digunakan ialah bahasa Inggeri dan bahasa Melayu
Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

Disebabkan laporan Barnes ini mendapat tentangan yang hebat oleh kaum Cina dan India, maka terbentuklah laporan yang baru iaitu Penyata Fenn-Wu pada tahun 1951. Laporan ini di wujudkan atas rasa ketidak puas hati masyarakat Cina kepada Laporan Barnes. Laporan ini bertujuan mengkaji semula Laporan Barnes kerana kaum Cina beranggapan bahawa laporan tersebut ditujukan untuk menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina. Cadangan-cadangan laporan tersebut ialah :Sekolah vernakular iaiti Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan.

Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (sekolah Inggeris) dikekalkan.

Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu.

Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1952 dikuatkuasakan selepas kajian terhadap kedua dua laporan dilakukan. Kemudian cadangan laporan Fenn-Wu juga diserap ke dalam Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).Namun disebabkan kekurangan dari segi kewangan dan berlaku darurat maka ordinan ini tidak dapat dilaksanakan.

Seterusnya, Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1956. Nama laporan ini di ambil bersempena dengan Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Tun Abdul Razak yang menginginkan pembentukkan semula sistem pendidikan di Tanah Melayu. Laporan Razak ini telah bertolak ansur bersama Laporan Barnes dan laporan Fenn-Wu bagi mengelakkan berlakunya perbalahan kaum. Laporan Barnes diserahkan kepada undang-undang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa utamadidalam pengajaran, ia juga membenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah. Antara cadangannya ialah :Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa penghantar utama.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah
Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa inggeris, cina dan tamil menjai di bahasa penghantar.

Sekolah rendah ditukarkan kepada sekolah kebangsaan dan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar utama
Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakkan
Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah, Sekolah Menengah Atas dan Pra Universiti
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesonal dan Jemaah Nazir Perseketuan ditubuhkan.

Pada Jun 1960, satu jawatan kuasa penyemak dasar pelajaran kebangsaan ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran 1960. Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam laporan Razak. Terdapat empat aspek penting didalam laporan tersebut iaitu :Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa peghantar utamadan proses penukuaran bahasa penghantar.

Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah dan menengah atas.
Memberikan penekanan kepada pendidikan teknik vokasional untuk keperluan tenaga mahir.

Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras
Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Rahman Talib ialah :Pelajaran disekolah rendah adalah percuma
Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan
Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun
Murid naik darjah secara automatic
Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurangya 15 orang
Pendidikan akhlak diterapkan
Sistem pendidikan aneka jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi sekolah Menengah Rendah menggantikan sistem pelajaran lanjut yang dihapuskan
Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni perusahaan, Sains Rumahtangga, Sains pertanian dan Perdagangan.

Kemudian pada tahun 1974, Tun dr Mahathir yang merupakan Menteri pelajaran ketika itu telah mempengerusi laporan cabinet. Tujuan laporan ini adalah untuk mengkaji semula matlamat-matlamatdan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan ketika itu. Ia juga bertujuan untuk memastikan keperluan tenaga manusia Negara dipenuhi dalam jangka masa pendek dan panjang. Laporan Kabinet ini telah dikemukakan pada November 1979 dan jawatankuasa laporan tersebut mendapati bahawa terdapat perlbagai kelemahan yang menghalang untuk mencapai matlamat pendidikan yang bermutu dalam sistem pendidikan ketika itu. Antara isi penting laporan ialah :Penekanan kepada pendidikan asas iaitu 3M ( membaca , menulis dan mengira)
Penekanan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang dikehendaki
Penekanan kepada kurikulum Malaya
Pendidikan menengah atas mempunyai dua aliran iaitu kademik dan vokasional
Peluang untuk meneruskan pelajaran daripada umur 9 tahun sehingga 11 tahun
Memudahkan prosedur pengurusan pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara kesuluruhan
Justeru itu, semua pekara yang diterima daripada Laporan Razak dan perakuan yang dibuat dalam Jawatankuasa Penyemak 1960 digabungkan dalam satu peruntukkan undang-undang pelajaran yang kemudiannya dinamakan Akta Pelajaran 1961. Selain itu, sistem pendidikan negara juga telah melangkah ke satu tahap dengan mengenalkan Falsafah Pendidikan Negara secara bertulis pada tahun 1989 dibawah Menteri Pendidikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Falsafah ini menitik beratkan keseimbangan hidup seseorang itu melalui jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan aspirasi Negara.Kini di era pascapemodenan, Negara sedang berusaha keras untuk mencapai Negara maju menjelang 2020. Oleh itu, perubahan perlu dilakukan terutamanya melalui sistem pendidikan kerana ia merupakan peranan penting bagi melahirkan individu yang berfikiran kreatif dan kritis bagi mencapai hasrat tersebut. Sistem pendidikan Kebangsaan mesti dimantapkan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan sejajar dengan Negara maju yang lain agar kita tidak dilihat ketinggalan kebelakang.

Sistem dilihat sebagai tunggak utama sesebuah organisasi. Jika sistem dilihat lemah atau tidak relevan, sesebuah organisasi itu akan dengan mudah dinilai sebagai sebuah organisasi yang lemah dan tidak berdaya saing. Begitu juga dengan sistem pendidikan negara. Situasi kini menuntut perubahan dan naik taraf dalam sistem pendidikan negara. Menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, sistem pendidikan perlu diperbaiki dan ditelusi agar bersesuaian dengan keadaan semasa. Namun, usaha untuk mengubah sistem ini memberi kesan yang kurang baik kepada pelajar dan guru apabila bidang pendidikan dianggap sebagai salah satu aspek yang paling penting dalam melahirkan generasi akan datang bagi mendukung dan mentadbir negara dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang stabil. Jelas dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu titik permulaan dalam proses ini bermula dari sekolah dan untuk merealisasikan hasrat murni ini, setiap ahli dalam organisasi sekolah merupakan sumber tenaga yang amat penting. Hal ini termasuklah sistem pendidikan yang menjadi tunggak utama kepada proses ini untuk berlaku. Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai transformasi untuk memastikan sistem ini mencapai taraf pendidikan yang berkualiti dan berdaya saing. Bermula dengan era sebelum kemerdekaan sehingga kini, pelbagai perubahan dan dasar telah diperkenalkan untuk memenuhi tuntutan peredaran semasa.
Sistem pendidikan di Malaysia bermula dari peringkat yang paling awal iaitu peringkat prasekolah. Namun, pengajian pada peringkat ini bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Oleh itu, kebanyakan ibu bapa terutama yang kurang berkemampuan hanya mula menghantar anak-anak mereka apabila anak-anak tersebut mencapai umur tujuh tahun atau tahun 1. Pada peringkat ini iaitu peringkat sekolah rendah, murid-murid akan belajar selama enam tahun daripada tahun 1 sehingga tahun 6. Peringkat seterusnya iaitu peringkat sekolah menengah, bermula daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.
Objektif kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
Mengenal pasti struktur sistem pendidikan di Malaysia khususnya di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mengenal pasti kelemahan sistem pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mengenal pasti cara mengatasi kelemahan sistem pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah seiring dengan Negara maju.

3.0) Kaedah Penyelidikan
Pelbagai kaedah penyelidikan telah digunakan untuk mengumpul maklumat. Kepelbagaian kaedah pengumpulan maklumat ini adalah betujuan menvariasikan sumber maklumat dan penjanaan idea baharu. Kaedah yang telah digunakan untuk menjalankan penyelidikan ini adalah:
Kaedah perbincangan
Pada peringkat awal penyelidikan, perbincangan bersama ahli kumpulan telah dijalankan bagi mengenal pasti masalah dan objektif kajian. Perbincangan yang dijalankan telah membawa kepada sesi soal jawab antara ahli kumpulan dan berlaku pertukaran pendapat dan pandangan mengenai kajian yang dijalankan. Hal ini sebagai salah satu proses penjanaan idea untuk mencari isi-isi penting bagi kajian tersebut.

Kaedah Pengumpulan Maklumat
Maklumat dikumpul daripada buku dan penulisan ilmiah termasuklah artikel dan petikan akhbar. Artikel dan petikan akhbar ini diperoleh melalui carian di internet. Maklumat yang diperoleh dinilai dan dianalisis untuk memastikan kesahihan dan kesesuaian maklumat tersebut dengan kajian yang dijalankan. Analisis juga dilakukan bagi memasikan maklumat yang diperoleh tidak berulang.Kaedah Kepustakaan
Setiap ahli kumpulan mencari maklumat dengan menggunakan buku-buku yang diperoleh daripada perpustakaan universiti iaitu Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI. Carian dilakukan berdasarkan objektif kajian yang dijalankan. Maklumat yang diperoleh melalui buku-buku tersebut dibandingkan mengikut kesesuaian kajian termasuklah tahun terbit buku tersebut. Hal ini bagi memastikan maklumat tersebut masih relevan dengan masalah yang dibangkitkan.4.0) PENEMUAAN/PERBINCANGAN
Subtopik ini menghuraikan dan merumuskan hasil dapatan daripada kajian yang telah dilakukan mengenai sistem pendidikan di sekolah rendah dan juga sekolah menegah. Di dalam subtopik ini, pengkaji membincangkan mengenai dapatan kajian, implikasi kajian dan juga cadangan penyelidikan pada masa akan datang. Perbincangan mengenai dapatan kajian dilakukan berdasarkan kepada pembacaan buku dan artikel, carian di internet dan juga perbincangan bersama ahli kumpulan. Selain itu, kelemahan-kelemahan sistem pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah juga telah dibincangkan dalam penyelidikan kami. Hasil dapatan daripada pembacaan yang dilakukan telah pun diteliti dan diberi ulasan sama ada kajian ini menjawab objektif kajian yang telah dikemukakan ataupun tidak.

Melalui pembacaan pengkaji, sistem pentadbiran pendidikan adalah mengikut corak sistem pusat. Struktur pentadbirannya pula terbahagi kepada tiga peringkat yang utama iaitu peringkat persekutuan, peringkat negeri dan peringkat sekolah. Terdapat badan-badan yang mewakili tiga peringkat tersebut termasuklah Kementerian Pendidikan, Pejabat Pendidikan Negeri dan sekolah. Namun, terdapat sedikit perbezaan antara struktur pentadbiran di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak mempunyai struktur pentadbiran yang mempunyai peringkat bahagian kerana kawasannya yang sangat luas. Semua negeri di Malaysia mempunyai pentadbiran di peringkat daerah kecuali Melaka, Wilayah Persekutuan dan Perlis. Susunan pentadbiran ini menunjukkan bahawa kuasa mentadbir dan dasar pelajaran yang dipegang di peringkat Persekutuan oleh Kementerian Pendidikan. Selepas itu, keputusannya diturunkan ke Pejabat Pendidikan Negeri di tiga belas negeri dan Wilayah Persekutuan. Seterusnya keputusan akan disampaikan terus kepada sekolah atau pun akan melalui Pejabat Bahagian atau Pejabat Daerah.

Seterusnya, melalui pembacaan buku dan pencarian maklumat di internet, pengkaji mendapati bahawa sistem pendidikan di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan termasuklah kelemahan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Hal ini kerana pelajar seolah-olah dibentuk berdasarkan kurikulum sahaja. Kaedah pembelajaran seperti ini menjadikan pelajar sebagai produk yang dibentuk dan pembelajaran akan berlaku secara terpaksa. Hal ini tidak akan membantu pelajar membentuk keyakinan dalam diri mereka. Kaedah ini tidak ubah seperti penghasilan produk di kilang-kilang yang setiap daripadanya melalui proses yang sama dan mengeluarkan hasil yang tiada beza. Seperti yang dilihat pada masa ini, lambakan pelajar-pelajar pintar yang mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang, graduan yang mempunyai ijazah kelas pertama, namun tidak dapat memberi sumbangan secara terus kepada pembangunan insan dan negara. Buktinya, pelbagai masalah yang melibatkan moral dan tingkah laku, kadar pengangguran yang tidak sedikit, kos sara hidup yang tinggi dan juga betapa ketinggalannya negara ini dalam bidang inovasi dan teknologi. Para graduan yang terhasil tidak dapat dinafikan mempunyai taraf akademik yang tinggi namun kekurangan dari segi kemahiran menjadikan keboleh pasaran mereka berada di tahap yang rendah.Membangunkan sektor kemahiran teknikal dan vokasional dilihat mampu membantu memulihkan kelemahan ini. Kerajaan kini sedang giat mengetengahkan bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Usaha ini dilihat sesuai bagi memenuhi kepentingan semasa yang memerlukan tenaga mahir yang tidak hanya bergantung kepada akademik namun juga mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu. Kesungguhan ini perlu dilihat secara positif daripada kaca mata komuniti setempat terutama ibu bapa. Telah menjadi norma di dalam masyarakat untuk menilai kejayaan seseorang melalui pencapaian akademiknya. Kesannya, ramai pelajar yang berpegang kepada prinsip tidak cemerlang di dalam peperiksaan bermaksud tidak akan berjaya. Hal ini seterusnya membawa kepada masalah seperti berhenti sekolah, tidak menyambung pelajaran, dan cepat berputus asa. Semua pelajar mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kelebihan ini dapat ditonjolkan apabila mereka berada di tempat dan bidang yang betul. Ruang dan peluang untuk meneroka pelbagai bidang baharu terutama di sektor kemahiran sentiasa terbuka luas buat para pelajar. Namun, gaya pemikiran yang tertanam dalam diri mereka sejak awal menjadikan sektor sebegini kurang diberi perhatian dan dianggap berstatus rendah. Gaya pemikiran sebegini perlu diubah agar para pelajar yang tidak berjaya di dalam peperiksaan tidak dipandang serong dan dianggap tidak mempunyai masa hadapan.
Kelemahan lain yang juga dinyatakan termasuklah pembelajaran yang lebih tertumpu kepada buku teks sebagai bahan rujukan pelajar selepas guru. Situasi ini menjadikan pelajar lebih menumpukan terhadap konsep-konsep yang ada di dalam buku teks sahaja dan pelajar tidak akan berfikir sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam. Kaedah pembelajaran seperti ini akan menjadikan pelajar seperti katak di bawah tempurung kerana pelajar tidak mengetahui isu-isu semasa yang sedang berlaku dikeliling mereka. Sebagai contoh, prinsip dan konsep yang terdapat di dalam subjek fizik. Para pelajar akan mampu untuk menerangkan konsep-konsep tersebut namun, untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian, agak sukar kepada sesetengah pelajar. Hal ini dipercayai berpunca salah satunya ialah lebih banyak menghafal daripada memahami. Ini merupakan kesan yang tidak asing untuk dilihat dalam diri pelajar pada masa ini. Hal yang sama berlaku apabila membincangkan mengenai sejarah Negara. Para pelajar yang hanya begantung kepada buku teks sebagai buku rujukan tanpa mengetahui isu-isu semasa tidak akan melahirkan semangat patriotism di dalam diri mereka. Para pelajar tidak didedahkan dengan sumber-sumber rujukan yang lain untuk memberi pemahaman dan penghayatan yang lebih kepada diri mereka.
Kelemahan ini dapat diatasi dengan menggunakan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang kini tiada sempadan. Kemajuan ini seharusnya digunakan semaksimum mungkin bukan sahaja oleh guru dan murid bahkan ibu bapa untuk menambah pengetahuan dan maklumat mengenai sektor pendidikan negara kini. Seiring dengan usaha kerajaan pada masa ini yang menggalakkan penggunaan ICT di sekolah-sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, ibu bapa juga seharusnya tidak ketinggalan untuk melakukan perkara yang sama. Tidak dapat dinafikan kini kanak-kanak yang berada di awal usia juga telah didedahkan dengan kemudahan ini. Namun, di sinilah perlunya ketegasan ibu bapa dalam mengawal penggunaan internet oleh anak-anak dengan mencarikan video atau maklumat yang bersesuaian dengan diri anak-anak mereka sejak awal. Pelbagai video mengenai isu semasa, serta isu berkaitan sains dan alam sekitar yang sering dimuat naik di laman sesawang yang boleh ditonton oleh para pelajar untuk menambah pengetahuan meraka selain daripada yang diajarkan di dalam silibus pembelajaran dan buku teks. Guru-guru juga seharusnya mengesyorkan laman-laman sesawang sebegini kepada para pelajar sebagai salah satu inisiatif pembelajaran. Hal ini kerana apabila guru menggunakan kelebihan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, para pelajar boleh mendapat maklumat tambahan dengan lebih banyak dan mereka dapat berfikir dengan lebih mendalam
Selain itu, kelemahan sistem pendidikan yang dihadapi termasuklah peranan seorang guru dipandang ringan. Hal ini dapat dilihat daripada sudut pandang umum iaitu wujud kepercayaan di dalam masyarakat bahawa untuk menjadi seorang guru adalah suatu perkara yang tidak susah. Hal ini menjadikan profession dan peranan guru ini dilihat mudah dan bertaraf rendah. Hakikatnya, masa depan sesebuah negara bergantung kepada komitmen yang diberikan oleh para guru. Bebanan guru bertambah apabila diberikan tugas pendokumentasian yang sepatutnya tidak berada di dalam skop tugas seoorang guru. Hal ini tidak dapat menafikan menyukarkan guru untuk memberikan sepenuh perhatian dan komitmen terhadap tugas mengajar. Situasi ini juga mengganggu emosi dan tumpuan guru terhadap tugasnya yang akhirnya membawa kepada kesalahan tingkah laku, mengabaikan pelajar dan tidak kurang juga mengabaikan kesihatan diri sendiri. Dari sudut pandang seorang guru pula, peranan guru diambil ringan apabila guru itu sendiri yang melihat tugasnya hanya mencakupi bidang yang dikuasainya sahaja. Sebagai contoh apabila seseorang guru diamanahkan untuk menggantikan guru yang tidak hadir, kebanyakan daripada mereka akan menyuruh para pelajar untuk melakukan kerja sendiri tanpa melakukan sebarang inisiatif untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut. Hal ini sering berlaku dengan alasan guru tersebut tidak mengajarkan subjek berkenaan.
Kelemahan ini boleh diatasi dengan memperkasakan institusi pendidikan guru. Hal ini termasuklah university awam dan swasta yang menawarkan kos pendidikan. Perkara ini perlu bagi memastikan bidang perguruan menjadi bidang pilihan utama selain mengatasi beban kerja para guru. Seperti yang diketahui umum, kebanyakan institusi pengajian tinggi menawarkan kos pendidikan untuk menghasilkan guru yang bertauliah. Saban tahun, ribuan pengambilan pelajar baharu dilakukan di seluruh negara. Terdapat sesetengah pelajar yang memang bercita-cita untuk menjadi seorang guru, namun tidak dapat dinafikan ada segelintir daripada meraka yang memilih jalan ini kerana ingin mengambil jalan mudah. Oleh yang demikian, pihak institusi perlu meneluskan lagi cara pengambilan pelajar dengan menilai kebolehan pelajar dalam memberi komitmen sebagai bakal guru. Selain itu, program-program yang berkaitan dengan perguruan perlu dipergiatkan seperti mengadakan lawatan ke sekolah orang asli atau kaasan pedalaman. Hal ini sebagai salah satu usaha memberi pendedahan awal kepada bakal guru berkaitan situasi-situasi yang bakal mereka hadapi apabila bergelar guru kelak. Selain itu, pengambilan pelajar selaku bakal guru dalam kuantiti yang banyak dan penghasilan guru yang memberangsangkan akan mengurangkan beban tugas guru-guru di sekolah sekaligus menjaga kebajikan dan kepentingan guru yang lain.

5.0) Kesimpulan
Negara Malaysia ini sedang dalam usaha untuk menuju kearah penumpuan pesat dalam bidang perindustrian. Para pelabur asing pula telah lebih yakin bahawa Malaysia adalah satu destinasi yang paling sesuai sebagai salah satu tapak perindustrian mereka. Negara ini juga merupakan pasaran pelaburan yang paling selamat dan menguntungkan. Hal ini juga menyebabkan jumlah pelabur asing di Malaysia juga semakin meningkat dari semasa ke semasa. Lanjutan daripada perkembangan tersebut, banyak kilang-kilang telah didirikan pada masa ini. Oleh yang demikian, perkembangan tersebut memerlukan tenaga kerja mahir dan separuh mahir untuk mengerakkannya.Oleh sebab salah satu kelemahan sistem pendidikan di negara ini adalah sistem pendidikkan yang telalu berorentasikan peperiksaan, jadi di sinilah letakanya peranan para pendidik yang bukan sahaja dari sudut akademik seperti sains, matematik, kimia, biologi dan sebagainya malah melibatkan para pendidik yang berada dalam bidang teknikal, vokasional dan juga perdagangan. Para pendidik merupakan golongan yang dipertanggugjawabkan untuk melahirkan para lulusan yang sudah pastinya akan dapat membekalkan para pekerja mahir dan separuh mahir bagi industri-industri berkenaan. Pada era ke-21 ini, situasi ini adalah lebih mencabar akibat daripada kadar kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan. Oleh yang demikian, bidang pendidikan juga berhadapan dengan satu tanggungjawab yang besar untuk mendidik para pelajar sekolah supaya dapat menjadi satu golongan masyarakat yang berkemampuan untuk hidup dalam keadaan yang akan sentiasa berubah kelak. Oleh itu, pendidikan merupakan satu wahana yang penting bagi mencapai matlamat serta aspirasi negara yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru ( DEB )
Walaupun sistem kita mempunyai beberapa kelemahan tetapi jika kita bandingkan sistem pendidikan negara kita dengan negara negara luar yang lain, kita seharusnya berbangga dengan mutu dan taraf pendidikan yang kita ada pada masa kini. Pendidikan di negara kita ini sudah mantap termasuklah pendidikan di peringkat rendah iaitu di sekolah rendah. Pendidikan peringkat rendah di negara ini adalah satu peringkat asas yang merupakan tapak dan juga permulaan bagi keseluruhan peringkat persekolahan mahupun pendidikan. Perkara ini telah dilaporkan dan disahkan oleh pihak ‘World Bank’ yang telah melihat perkembangannya berbanding dengan status pendidikan negara negara luar seperti Afrika, Amerika Selatan dan juga sebagainya.Pembaharuan yang paling besar dalam sistem pendidikan peringkat rendah di negara ini adalah KBSR. KBSR adalah suatu rancangan yang menekankan konsep 3M iaitu membaca, menulis dan juga mengira. Daripada penilaian awal yang diperoleh, falsafah dan rancangan KBSR ini telah mula dipercayai dan telah memberi janji bahawa pendidikan peringkat rendah di negara ini akan menjadi lebih kukuh dan berjaya.

Seterusnya adalah tentang pendidikan di sekolah menengah. Sistem pendidikan sekolah menengah ini adalah suatu sistem yang telah kita warisi daripada pihak British. Pada waktu dahulu, sekolah menengah hanya terdapat di tempat-tempat yang dahulunya hutan, lembah, paya serta hutan bakau di pedalaman semenanjung, Sabah dan juga Sarawak. Inilah salah satu nikmat yang telah kita perolehi yang telah diperjuangkan oleh Malaysia ini dalam medan pendidikan. Tanpa kita sedar, sedikit demi sedikit pelbagai pembaharuan telah diperkenalkan dalam pendidikan menengah di negara ini, dan kurikulum yang dahulunya berpaut pada Cambridge, England, telah pun digantikan dengan kurikulum dan peperiksaan yang ditentukan dan dirangka di Kuala Lumpur dan telah disesuaikan mengikut keperluan bangsa dan negara.

Kesimpulannya, benarlah bahawa sistem pendidikan di negara ini amatlah baik sama ada dari segi falsafah, mutu, proses dan struktur yang baik, bermutu dan moden dan seharusnya menjadi sanjungan dan kebanggaan semua rakyat Malaysia.

6.0) Bibliografi/Rujukan
Abd Fatah Hasan. (2001). Pengenalan falsafah pendidikan.
Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Kamarudin Haji Kachar. (1989). Perkembangan pendidikan di Malaysia.
Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. & Penerbit ASAS Sdn. Bhd.

Khaizer Omar. (2017, Jun 10).
Pembangunan modal insan melalui pendidikan teknik dan vokasional. Utusan online. Disunting pada Oktober 18, 2018, daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pembangunan-modal-insan-8232-melalui-pendidikan-teknik-dan-vokasional-1.491606Omar Mohd. Hashim & Datuk Haji. (1993).
Pendidikan: persoalan, penyelesaian dan harapan. Kuala lumpur: PercetakanDewan Bahasa dan Pustaka.

x

Hi!
I'm Simon!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out